Popular Posts

Sunday, May 4, 2014

Demam Melanda Puteri Kesayangan

As salam semua yang di sayangi.Sekarang umi sedang bercuti menjaga Nana yang tak berapa sihat sejak 2 minggu lalu. Kesian puteri umi nie. Demam setiap 6 jam. Bila bagi ubat, demam turun lepas tue demam balik. Mi terfikir juga takut-takut demam Denggi. Bawa Nana gi jumpa Doktor..tapi lain pula diagnosisnya. Nana kene HFMD..hwaaaa..rasa cam nak nagis jer..sbb condition Nana mmg nampak dry sbb dlm mulut banyak ulcer. Nana x nak makan..x nak minum..Boley masuk makanan bila ada babahnya ajer..dengan umi..langsung x layan sbb bila misi dah mula ada pesakit kat rumah..pesakit tetap pesakit..hihihi..

Bagaimana ianya berjangkit?

Penyakit ini dipercayai boleh berjangkit melalui sentuhan secara langsung melalui hingus dan kahak pesakit. x tahulah di rumah bby sitter ada kawan dia yang kener dulu.. Jangkitan biasanya berlaku pada minggu pertama pesakit.

Apakah tanda dijangkiti penyakit ini?
  • Pesakit mulanya demam diikuti badan rasa tidak selesa, kemudian selepas dua hari mengalami radang dalam mulut. Radang biasanya terdapat pada gusi dan bahagian dalam pipi.memang banyak x terkira..
  • Ruam, kadangkala melecet timbul selepas 1-2 hari menyerupai bintik merah sama ada timbul atau rata di tapak tangan dan tapak kaki. Ruam juga boleh timbul di bahagian punggung.
  • Pesakit hanya ada satu tanda sama ada ruam atau radang mulut.
  • Boleh berlaku diseluruh dunia, biasanya pada musim panas dan awal musim luruh.
Apakah cara merawat?

Boleh dikatakan tiada rawatan khas untuk penyakit ini. Cuma rawatan yang diberi adalah untuk mengelakkan demam, sakit belakang dan radang mulut.


Thats Nana..kenar start IVD sbb x nak makan n minum..
Apakah cara mencegahnya?
  • Antara langkah pencegahannya adalah mencuci tangan dengan kerap terutamanya selepas menukar pampers...ingat tue..Hand hygience
  • Menyah jangkitan kuman pada peralatan seisi rumah dan pakaian(menggunakan cecair dengan mencampur 1 penutup penuh peluntur yang mengandungi klorin dan 1 gelen air).
  • Anda dinasihatkan supaya, kanak-kanak yang dijangkiti dijauhkan daripada sekolah, pusat jagaan kanak-kanak supaya tidak merebak untuk beberapa hari pertama. Kemungkinan ini boleh mengurangkan risiko jangkitan, tetapi tidak membanteras keseluruhan penularan wabak itu. 
Okey uols..semoga dapat memberi panduan untuk ibu bapa di luar sana..that all..Wassalam

No comments:

Post a Comment