Popular Posts

Sunday, May 4, 2014

Demam Melanda Puteri Kesayangan

As salam semua yang di sayangi.Sekarang umi sedang bercuti menjaga Nana yang tak berapa sihat sejak 2 minggu lalu. Kesian puteri umi nie. Demam setiap 6 jam. Bila bagi ubat, demam turun lepas tue demam balik. Mi terfikir juga takut-takut demam Denggi. Bawa Nana gi jumpa Doktor..tapi lain pula diagnosisnya. Nana kene HFMD..hwaaaa..rasa cam nak nagis jer..sbb condition Nana mmg nampak dry sbb dlm mulut banyak ulcer. Nana x nak makan..x nak minum..Boley masuk makanan bila ada babahnya ajer..dengan umi..langsung x layan sbb bila misi dah mula ada pesakit kat rumah..pesakit tetap pesakit..hihihi..

Bagaimana ianya berjangkit?

Penyakit ini dipercayai boleh berjangkit melalui sentuhan secara langsung melalui hingus dan kahak pesakit. x tahulah di rumah bby sitter ada kawan dia yang kener dulu.. Jangkitan biasanya berlaku pada minggu pertama pesakit.

Apakah tanda dijangkiti penyakit ini?
  • Pesakit mulanya demam diikuti badan rasa tidak selesa, kemudian selepas dua hari mengalami radang dalam mulut. Radang biasanya terdapat pada gusi dan bahagian dalam pipi.memang banyak x terkira..
  • Ruam, kadangkala melecet timbul selepas 1-2 hari menyerupai bintik merah sama ada timbul atau rata di tapak tangan dan tapak kaki. Ruam juga boleh timbul di bahagian punggung.
  • Pesakit hanya ada satu tanda sama ada ruam atau radang mulut.
  • Boleh berlaku diseluruh dunia, biasanya pada musim panas dan awal musim luruh.
Apakah cara merawat?

Boleh dikatakan tiada rawatan khas untuk penyakit ini. Cuma rawatan yang diberi adalah untuk mengelakkan demam, sakit belakang dan radang mulut.


Thats Nana..kenar start IVD sbb x nak makan n minum..
Apakah cara mencegahnya?
  • Antara langkah pencegahannya adalah mencuci tangan dengan kerap terutamanya selepas menukar pampers...ingat tue..Hand hygience
  • Menyah jangkitan kuman pada peralatan seisi rumah dan pakaian(menggunakan cecair dengan mencampur 1 penutup penuh peluntur yang mengandungi klorin dan 1 gelen air).
  • Anda dinasihatkan supaya, kanak-kanak yang dijangkiti dijauhkan daripada sekolah, pusat jagaan kanak-kanak supaya tidak merebak untuk beberapa hari pertama. Kemungkinan ini boleh mengurangkan risiko jangkitan, tetapi tidak membanteras keseluruhan penularan wabak itu. 
Okey uols..semoga dapat memberi panduan untuk ibu bapa di luar sana..that all..Wassalam

Friday, November 1, 2013

HAPPY 2ND BIRTHDAY DARLING..NANA

Assalam semua Ummi ucapkan and happy Deepavali to all Indian. Bila kesibukan makin menjadi beginilah..nak update blog pun tunggu ada masa sesuwei..So..kali ni mi nak updatekan tentang birthday girl Nana yang dah 2 tahun umurnya..Pejam celik..pejam celik..anak mi dan babah dah semakin besar dan tomei..hihihi..

Disebabkan kartun kegemaran Nana ialah Despicable me dan suka sangat nyanyi lagu Banananana..maka tema tahun nie ialah Despicable me..klas ko jaaah..
Actually..besday pwincess nie sama dengan anak sister in law..Daniel and selit juga adiknya..Zarith Marissa..So..happening ler sikit..Cutenyer kek ni.Maser korang kecik-kecik..agak-agak kek bentuk apa yer..

Here..my luvly kiddos..Tg Ahmad Daniel..Tengku Zarith Marissa..Tg Nurhana Eryna and Tg Alif Hakim..Hopefully..anakanda menjadi anak yang soleh and solehah yer sayang..Ummi and babah luv u..

Saturday, August 17, 2013

Jom Kemas Rumah

Salam semua. Nana dah rajin tolong Ummi kemas rumah. Sebelum raya hari tue..Nana kemas rumah sama-sama dengan Ummi. Vaccum..mop lantai..lipat baju..basuh pinggan..so cute..

Sudu ni nak guna untuk makan ketupat dan rendang masa raya nanti..hihihi..habis basah baju Nana..bukan basuh sangat pun..saja suka suka nak main air.
Lepas kemas dapur, Nana tolong Ummi lipat baju dan susun baju dalam lemari. Tengok la sampai terduduk dalam lemari tue..aih..budak gurl nie..

Habis juga susun baju..okay guys nanti kita sambung lagi...Semoga Nana menjadi anak yang rajin dan solehah..Ameen..

Monday, July 29, 2013

Ilmu Masak Memasak

Salam Ramadhan semua. Umi rasa lama juga tak masukkan entry Nana ni.Its okay...ada kelapangan ummi masukkan yer..

Nana sekarang dah nak masuk 2 tahun. Sekejap jer rasa anak dara sorang nie dah besar dan semakin cantik. Ke mana tumpahnya kuah kalo bukan ke nasi...chewah...(masuk bakul plak ummi). Ke dapur pun boley tahan rajin cik kak sorang nie. Kalo Ummi ke dapo..seronok ajar Nana masak sebab dia dia pun seronok..ummi bertambahlah seronok.

Jangan salah sangka yek.tak semua sayur tue Nana yang potong. Dua tiga helai jer yang terlepas kat dia..

Dah siap potong sayur..ummi ajar Nana masak sayur tapi ummi tak bukak gas lagi sbb takut sangat-sangat..just ajar dia cara nak kacau jer..Dalam periuk tue pun tak ada apa-apa kan..

Okey..dah habis part memasak..ummi ajar Nana susun pinggan atas meja sbb masa tue dah nak berbuka. Pinggan kita kan berat.Mana lah larat nak angkat banyak banyak..Ummi biarkan dia angkat satu-satu..

Sessi angkat cawan pulak..














Dan akhirnya..Tadaaaa...Sebenarnya Nana yang makan dulu sebelum berbuka..Lauk lain lum siap lagi..So,mi masakkan yang nie dulu supaya dia boley makan dulu..So sweet this gurl..Semoga pandai masak sampai bila bila yer Sayang..


Tuesday, March 26, 2013

Happy birthday Darling

Just nak share gambar birthday Nana masa 1 year old..Terlewat uploadkan sbb umminya busy..So..happy belated birthday Darling...nie la gambar my sweet lil princess..kesayangan umi dan babah.we luv u dear..

 Yeay..tak sabar la potong kek


Sweety...

TANGAN TERKENA SETERIKA

Salam..pada minggu lepas, tangan Hana terkene iron. Umi terperanjat bila tengok lukanya tersangat la dalam dan lambat nak sembuh. Kalau nak diikutkan 2 to 3rd degree burn la..Nana terpaksa refer dengan plastik surgery.Mujur ada Doc Farahani yang so kind ..So..dia suggest dressing dengan duoderm gel and quacell..tengok la luka Nana..sian kan..

Hopefully Nana akan cepat sembuh kay sayang...burn team @ burn unit ppukm memang terbaek..

Thursday, March 21, 2013

My sweet princess dah setahun setengah

Salam..pwincess babah and ummi dah setahun besarnya..so manja and so sweet like ummi dia..anak saper kan..
 My sweet nana with Irfan Yusuf..bby of Ida...masa picnic di Pengkalan Balak, Melaka..
 Kuchi..kuchi..kuchi..Nana
 Muka saper agaknya ank ummi and babah nie yer..mix and match..
 ayo..gaduh la plak..
At Langkawi..sementara tunggu breakfast...